BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 30, 2011

gembira melihatmu sayang...

"Anakku Haziq Iman, bila mama tenung muka kamu,teringat plak saat-saat indah masa kamu membesar dalam perut mama...."



"Macam xpercaya je tengok baby boy KECIK yang mama lahirkan dulu dah BESAR PANJANG!!"
 Cepatnya masa berlalu..

Kalau dikenang2 masa mama pregnant kamu dulu...
Yang mama ingat mama xboleh bau bawang putih dengan bau nasi yang tengah dimasak.... uwek!
Kesihatan mama (alhamdulillah) baik2 je
Morning sickness pun xteruk...dan boleh tahan lasak jugakla mama ni...
kecuali bila dah masuk minggu ke-37, mama sakit pinggang teruk..
sebab kepala kamu memang dah engaged kat laluan...


Kamulah peneman setia mama sepanjang 9 bulan...
Kelahiran yang dinanti......


Tanggal 2 Mac 2010 
Jam 5.38 pagi
Lahirlah cinta hati mama dan ayah
Berat: 2.74 kg
Panjang: 50 cm
di KPJ Seremban Specialist Hospital, N9




dan sekarang.....

30 Mei 2011
Haziq dah semakin membesar....
Makin bijak dan makin pandai....
dah mula ada kemahuan, keinginan, perasaan ingin tahu dan yang bestnya..dah boleh diharap!!
dah boleh jadi abang ke?

mama saaaayang anak mama sorang ni....
semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, bijak dan cerdik...amin..
Love u soooo much dear!!


terima kasih atok dan nenek...

hari ni atok dan nenek datang melawat Haziq Iman..
atok dan nenek mana yang xrisau bila dapat tahu cucu tak sihat...cucu kesayangankan...:)
haziq masih belum baik sepenuhnya, tapi alhamdulillah dia aktif walaupun xsihat..
cuma kuat merengek dan kuat merajuk sket...

Post kali ni saja nak mengimbas kembali sambutan hari lahir atok pada 14 Mei yang lepas...
Venuenya di Bandar Bukit Raja...
Nak kata suprise tu xjadi suprise sebab abg Qayyum dah bocor rahsia..
(kanak2 adalah insan yang sangat JUJUR!!)

Bukan main enjoy Haziq n Qayyum petang tu..
except Izmi yang agak pemalu..syik nak berkepit ngan ibu/ayahnye..

Buah hati mama

Haziq n abg Qayyum with atok & nenek

As usual abg Qayyum adalah peniup lilin rasmi dalam keluarga kami (xkira birthday sapa pun!)

Fuhh!!!

Bacaan doa oleh peniup lilin rasmi keluarga..amin...

Panjangnye doa...

Jom potong kek...

Selain bertugas sbg peniup lilin, Abg Qayyum juga pemotong kek rasmi keluarga kami...;p
Semoga atok Haziq dipanjangkan umur dan murah rezeki..Amin

Bestnya kalau selalu ada family gathering camni...
suka tgk Haziq main dengan Qayyum dan Izmi...
Malamnya kitorang ke i-city..saja bawak Haziq tengok lampu2..
next post saya akan cite pasal i-city ye...

Saturday, May 28, 2011

jalan dan terus berjalan sayang...

Post kali ni just nak masukkan pic anakanda saya yang dah mula berjalan laju!!!
Haziq Iman mula berjalan pada umur 1 tahun 2 bulan...
mula2 risau juga takut dia lambat berjalan...sbb orang kata budak kalo tumbuh gg dulu akan lambat berjalan...

Bila dah pandai berjalan ni, memang kena monitor lebih sket la...sekejap kat sini, sekejap lagi dah kat sana....anak oh anak...tapi xpe, yang penting Haziq cergas dan sihat.


One, Two, Three...........go!!

Lari!!!

Sangat berkeyakinan nak jalan tanpa dipegang

Jalan dan jalan lagi...


Muka Haziq kepenatan

Akhirnya kembali pada mama - minta didukung sbb kaki dah naik lenguh berjalan...

Gambar ni diambil semasa majlis konvokesyen acik pada 18 Mei 2011.. dah nak balik dah masa ni...

Friday, May 27, 2011

sedih...

Saya baru balik dari Klinik Pakar Kanak-Kanak Senawang...jumpa Dr Liu.
As usual Dr Liu menerangkan secara details tentang sesuatu penyakit yang didiagnosnya.
dan hari ini Haziq Iman didiagnos mendapat HFMD!!
tapi syukur, Haziq tak demam dan masih aktif bermain macam biasa...cuma kuat merengek...biasala baby bila xsihat...

Haziq sedang tunggu giliran

Minum susu dulu la..

Nape nama saya xdipanggil lagi ni...

Tanda-tanda saya dijangkiti HFMD

Terpaksa tunggu lama sebab ramai pesakit petang ni...kita minum dulu!!


Hati seorang mama akan rasa x menentu bila anaknya sakit!
Pagi tadi bila dah nampak tanda2 mcm rashes kat kaki Haziq, hati dah mula xsenang...bawak kereta pun pk macam2...
sampai tempat kerja, memangla buat kerja TAPI kepala syik fikirkan anak...
minta half day dari boss dan terus balik rumah....
balik terus cari Haziq dan tengok dah makin banyak rashes yang kluar!! oh..TIDAK!!!


tadi call mak, mak pesan suruh jaga Haziq Iman baik2..saya tahu mak risau (nenek dan atok sayang Haziq kan..) siap pesan suruh saya cuti next week if Haziq masih xsihat.
Mak ada offer nak jaga Haziq sementara Haziq xsihat ni... TAPI...
saya takut saya yang akan berendam air mata tiap2 hari...johor dengan seremban bukan dekat!!

Mak saya dah paham sangat dah yang saya ni xboleh nak jauh dari anakanda saya yang masyam ni!! walaupun kadang2 mama xreti nak pujuk bila anak mama ni dah mengamuk!!
Bila dah mengamuk...
geram kat mama ye sayang...

Ya Allah, tolong sembuhkan anak kesayangan hamba-Mu ini, Muhammad Haziq Iman b Mohd Ridzuan...
Ku pohon pertolongan-Mu ya Allah...
Amin...

p/s : Haziq Iman, mama & ayah love u so much son!!!! macamla Haziq baca blog ni..;p

Wednesday, May 25, 2011

audit oh audit...

minggu ni = minggu audit..Seminggu tu!!!
cepatla habis minggu ni... TAPI,
lagi 3 minggu audit 5S pulak akan datang....

audit dan audit..... bukan takut diaudit, TAPI bila x semua org beri kerjasama sure masalah besar akan timbul dan jika keputusan tak memberangsangkan sure kena marah dgn boss! siapla nanti..

argh....rasa nak menjerit je... sebab saya memang telah bersiap sedia sebaik mungkin... tapi FRUST sangat bila ada bahagian lain yang sangat teruk!!
sebab sedikit sebanyak ia akan menjejaskan keputusan keseluruhan.
bak kata pepatah,
SEBAB NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA..

Ada seorang rakan menyuarakan pendapat : masalah berpunca dari sikap kita sendiri...
saya sangat bersetuju dengan kata-kata itu.

Monday, May 23, 2011

HFMD buat hati mama risau!!!

Sedikit preview tentang penyakit HFMD-

'Hand, foot and mouth disease (HFMD) is a human syndrome caused by intestinal viruses of the Picornaviridae family.
HFMD usually affects infants and children, and is quite common.
It is moderately contagious and is spread through direct contact with the mucus, saliva, or feces of an infected person. It typically occurs in small epidemics in nursery schools or kindergartens, usually during the summer and autumn months. The usual incubation period is 3–7 days.

Symptoms of HFMD include:

  • Fever
  • Vomiting
  • Fatigue
  • Malaise
  • Sore throat
  • Non-itchy body rash, followed by sores with blisters on palms of hands and soles of feet
  • Oral ulcer
  • Sores or blisters may be present on the buttocks of small children and infants
  • Irritability in infants and toddlers
  • Loss of appetite.
  • Diarrhea

2 org sepupu Haziq kena HFMD... xtau sumbernye dari mana.mungkin dari tadika.

hati saya sangat la tidak keruan sepanjang hari ni memikirkan anakanda tercinta, Haziq Iman.(sangat risau kalau Haziq sakit)
Haziq dijaga oleh neneknya sepanjang saya bekerja.sekali dengan sepupunya yang lain.so ada lah kebarangkalian untuk dijangkiti.
nak cuti pun xboleh sebab tengah di audit. cemana la ni...
pk punya pk sampai kepala sendiri naik pening..

Apapun, saya perlu tawakal pada Allah.
Semoga anak mama kuat dan dilindungi..Amin.
Dr Liu pesan tadi...untuk mencegah ia berjangkit memang susah sebab dah duduk satu rumah..tapi utk mengurangkan %dijangkiti, kena amalkan basuh tangan SETIAP KALI selepas pegang pesakit HFMD.

Semoga Hakim dan Qaisara cepat sembuh.. xsanggup tengok Qaisara sakit, kesian sangat...sampai xnak minum susu..mungkin sebab ulcer dalam mulut. Dr Liu jugak pesan supaya bagi susu yang disejukkan dalam fridge supaya kurang rasa sakit dalam mulut baby berbanding jika susu tu suam/panas.

Harap semua ini akan berakhir dengan cepat. Biar semuanya sihat-sihat seperti selalu.Amin....

Sunday, May 22, 2011

hari ahad yang santai...

smalam kerja...tak tau nape, sangatla penat..
ptg  ikut hubby bawa maknye g giant senawang (angkut skali 2 kanak-kanak ribena- hakim & alleya)
otw balik PD,singgah KPJ seremban melawat besan mak yg sakit...
pas hantar mak dalam kul 10pm baru sampai rumah.

so, hari ni mmg tak ada plan untuk kemana-mana...nak kluar pun xberapa syiok sebab x leh nak shopping sakan. gaji blum masuk.
bersantai di rumah sahaja bersama hubby n si kecik haziq. main dengan haziq - jap-jap main cak2, pastu sorok2,pastu kna gigit free ngan gigi si tecik tu..hadoi...

hari ni masak ikut menu yang incik hubby request... yang paling seronok..semuanya licin!! sedap sangat kot.
haziq pun tdo lama arini mungkin bayar hutang semalam...mama dapat rehat puas-puas.tq cayang!

esok dah kerja dan paling tensen ialah ada audit..rasa mcm nak escape je. seminggu plak tu!

bestnya kalo dapat jadi bos camni...;)

muhammad haziq iman b mohd ridzuan

buah hati mama + ayah

haziq = ayah

haziq bersama sepupunya, izmi & ayyum
bila tengok haziq dah membesar dengan sihat dan cergas...terfikir gak, bila nak menambah lagi sorg...
tapi bila terkenangkan kerja yang membataskan masa bersama ngan anak...terpaksala di tangguhkan dulu..
tapi tang umur plak, makin hari makin meningkat...hmm....susah btol nak buat keputusan..
anak-masa-umur = perlu difikirkan semula...
kang nnti dah tua, anak kecik2 lg...haru btol!

sekadar suka-suka

sebenarnya dah lama ada niat nak ada blog sendiri...(sbb suka baca blog kawan2...cam best je..)
tapi masa yang tidak mengizinkan...
so hari ini dalam sejarah..berjaya membuka acc sendiri..hehehe..
harap2 leh maintain acc ni...insyaallah...