BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 26, 2011

Bila 3 hero bertemu ~part 2.

Jom tengok gelagat Haziq n the gang kat rumah atok di Cheras...
Kebetulan malam tu semua pakai baju tidur pattern sama..
Comel..memang sangat comel...
Sayang 3-3 kanak-kanak comel ni esp my lovely son!!




















geraaam sangat tengok bila izmi peluk Haziq..very the cute!!!walaupun lahir tahun berbeza..tapi beza cuma 5 bulan... sebab tu nampak macam sebaya...Haziq lahir Mac 2010, Izmi lahir September 2009...


 Pic anak makngah yang gedik... ayyumla..sapa lagi... dia dah tak tahan nak kencing, tapi sempat posing ngan seluar dia.. ayyum oh ayyum....

To Muhammad Haziq Iman, Hairuqayyum dan Hairuqawarizmi...
mama @ makngah SAYANG sangat dengan kamu semua!!
semoga kamu semua membesar dengan sihat dan kuat..
Muaaaahhhhhhhhh!!!

Sunday, September 25, 2011

Aktiviti di petang Sabtu...

semalam g Giant Lukut..saja bawak mak jalan2 + beli barang sikit...
masa nak balik tu, terpandang tempat main kanak-kanak...
playground dalam bangunan..
terus bawa Haziq g sana..bagi dia happy2 kat situ..

Haziq apa lagi meligat la kat situ..tapi xpe, sebab aleya ada..so aleya la yang ajar Haziq panjat2, masuk terowong dan sampaila kat gelongsor...








seronok betul Haziq....

Monday, September 19, 2011

wajah kesayangan hamba

hari ni nak cite sikit pasal wajah kesayangan saya ni....
wajah yang xpernah jemu mata saya memandang...
almaklumlah buah hati saya kannn...
walau dia buat perangai macammana pun, dia tetap no 1 di hati saya...

so far, saya bersyukur kerana walau sesibuk mana pun saya, 
Allah mengurniakan saya masa yang secukupnya untuk saya bersama dengan wajah kesayangan saya ni...
saya akan cuba sedaya upaya untuk jadi mama yang terbaeek untuk si kecik ni!
unless kalo dah penat tahap maksimum, saya akan pass pada hubby saya...










si hensem saya ni, buat masa ni xbanyak ragam...tapi terrrsangat manja

skill yang dia baru develop sejak berumur 1 tahun 6 bulan ni ialah :

1. nak makan + minum sendiri... 
(saya siap beli pinggan Avent untuk dia)
2.dah pandai ambil bantal sendiri bila nak baring
-cop! bantal dia xleh kongsi dengan sesiapa pun! dgn mama /     ayah pun xboleh!! ;(
3. boleh diharap 
- contoh : buang diaper dalam tong sampah, letak botol susu atas meja etc
4. pandai usik mama / ayah 
-selalu bawak lari towel bila mama nak guna, selalu lari2 bila MAMA nak pakaikan baju
5.dah mula nak berkomunikasi dengan orang  
- walaupun xpandai cakap lagi, tapi Haziq dah mula nak berkomunikasi dengan bahasa badan + suara walaupun memang xpaham butir2nya..
6.pandai bezakan barang mama / ayah 
- pokde dia ada buat test, ternyata Haziq tahu mana satu barang kepunyaan mama + ayah.. anak mama memang bijak!!
7.manja sangat...  
-kalau saya tengah drive dan Haziq duduk di carseat dia..dia akan ambil tangan saya dan letak kat pipi atau dia genggam je jari saya.. terharu sangat setiap kali dia buat camtu..so sweet!! 

 
barang-barang yang menarik perhatian Haziq :

1.bunyi vaccum / blender...(sangat takut dengan vaccum tapi suka ajuk bunyi vaccum...dan suka sangat bila mama guna blender)
2.kunci kereta (tekan banyak2 kali sampai mama konpius dah kunci ke belum)
3.steering kereta (pantang ada peluang!!)
4.iron (nak iron baju sama2 ngan mama)
5.laptop mama (paling suka tekan button on/off - tensen mama!)
6.tali pinggang ayah (suka diheret ke sana dan ke mari)
7.telefon rumah nenek (tiap2 kali balik KL, memang telefon rumah nenek xleh digunakan sebab terpaksa cabutkan wayarnya..)
8.purse mama / wallet ayah (best woo sepah2kan duit)


love my baby very much!







 
and i love his father too!! muah...




















Tuesday, September 13, 2011

Mak Mah dan Rin

Pada hari raya kedua yang lalu, abah bawa kami semua ke rumah Mak Mah...
siapa Mak Mah??
Mak Mah ni sebenarnya pengasuh kami - along, saya dan ein. kalau xsilap pada tahun 1989.
Mak Mah mengasuh kami di rumahnya bila mak & abah bekerja..

Saya pun sebenarnya ingat2 lupa pengalaman masa kecil2 dulu... ;)
tapi best jugak..setelah lebih 10 tahun boleh jumpa semula...
Mak Mah nampak dah tua tapi peramahnya masih macam dulu...

Mak Mah paling sayang Rin..
Siapa Rin???
Rin ialah adik saya, Ein. Rin tu memang panggilan manja dia.
Memang Mak Mah panggil dia Rin dari dulu lagi...

Mak Mah asyik bercerita tentang adik saya..
Sikit2 Rin... semua perangai Rin masa kecil diceritakan semula oleh Mak Mah..
Sampai naik malula tuan doktor tu..kahkahkah...
Pengalaman menjaga kami adik beradik terutama Rin seolah-olah masih segar diingatan Mak Mah..

Mak Mah bersama anak kesayangannya, Rin @ Ein

Bersama kami yang lain....

Sebelum balik Mak Mah sempat btau menantu dia..
"Ni Rin ni dulu mak jaga, sekarang dah jadi Doktor!!"
Riak wajah Mak Mah memang sangat ikhlas...
Susah nak gambarkan...

Insyaallah..jika ada kesempatan, tiap2 tahun kami akan datang berkunjung lagi!!

Saturday, September 10, 2011

kesukaan Haziq yang terkini..


nak tau...haziq skang pantang nampak mainan ni...
mesti nak naik...
setiap session saya peruntukan rm2-3..
naik sampai dia puas...
port kegemaran : Manjaku Senawang / Giant Senawang

yang ni @ Tesco Seremban 2

Pulas steering tu sayang...

ni @ Manjaku Senawang

Vroom...vroom...

@ Giant, Senawang

Besarnya motor dia...

@ Giant Senawang juga

Suka la tu...

selagi xdapat naik, selagi tu la Haziq akan tunjuk dan tunjuk sambil mulut membebel2...
anak oh anak... mama n ayah sure akan bagi kamu naik la sayang..
pasni mama kena kumpul syiling 50sen banyak2la...

anything for you, my darling!

Love u!