saja nak berkongsi, mana yang baik tu boleh la dijadikan teladan dan panduan...
1) Berkongsilah + Bersedekahlah.
Rezeki kalau dikongsi walau sedikit, insyaallah kita akan dapat lebih dan lebih lagi...
tapi memang dah terjadi pada diri saya..
alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi semakin mencurah2... syukran ya Allah..
2) Berpijaklah di bumi yang nyata..
Jangan lupa asal usul... especially untuk lelaki..walaupun dah kahwin, tanggungjawab menjaga ibubapa tu wajib sampai bila2..sebab tu saya selalu ingatkan hubby tentang segala keperluan mak dan abahnya...saya xnak hubby abaikan mereka.
Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada kat dunia ni.
Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada kat dunia ni.
Lagipun, bukan senang nak melahirkan serta membesarkan seorang anak...
Saya pernah merasai sakit bersalin dan bagaimana seorang ibu bertarung nyawa melahirkan anaknya..
so, saya memang HANGIN SATU BADAN bila tengok seorang anak xmenghargai/melawan ibunya..
3) Didiklah anak-anak dengan sebaiknya..
Dalam mendidik anak-anak xboleh terlalu garang and yet xboleh terlalu lembut... bersederhanalah supaya anak mudah dilentur menjadi insan yang berguna + taat pada ibubapa
4) Masak sendiri di rumah
Sebab air tangan seorang isteri/ibu akan menjadi pengikat kasih sayang antara suami- isteri serta ibu-anak. Selain tu, bila masak di rumah, kita akan makan bersama-sama, so secara xlangsung ikatan kekeluargaan bertambah erat... amin...
In fact, kalau saya balik rumah family, time makan macam satu event besar sebab lepas makan kami akan berborak2 sampai sejam hanya di meja makan!!
5) Jangan tinggal solat + Rajin-rajin baca Al-Quran
Solat tu kan tiang agama...
saya dan suami saling ingat menginatkan antara satu sama lain tentang solat...
Haziq pun akan follow saya bila saya/ayahnya solat.. alhamdulillah.
Tentang baca Al-Quran, saya mengaku kadang2 saya xsempat nak baca...
tapi since abah dah bagi2 juzuk masa bulan Ramadhan aritu, saya dapat join utk khatam beramai2...
harap2 lepas ni saya akan terus dan terus mengaji...
6) Berbelanjalah dengan berhemah
Hahaha... bab ni saya LEMAH sikit lah... sebab saya memang kaki shopping..
seperti entry yang saya pernah tulis sebelum ni.. i m sooo into baby stuffs!!
masalah besar yang sukar dikawal!!
saya sedang berusaha untuk membeli apa yang perlu sahaja...
* dan satu pesanan saya buat semua :
saya tahu xsemua orang masih mencium pipi / berpeluk dengan mak atau ayah masing2 kan? lagi2 sebab masing2 dah besar panjang..
apakata, bila jumpa mak ayah nanti buat... sure terharu dorang...
PERCAYALAH!!
0 comments:
Post a Comment