Sunday, July 15, 2012
Ahli baru keluarga kami : Rania Irdina Mohd Ridzuan
Alhamdulillah...sy selamat melahirkan puteri comel kami pd 7 Julai 2012 yg lalu.
Kami sepakat memberikan nama RANIA IRDINA MOHD RIDZUAN.
Rania bermaksud kesukaan, Irdina bermaksud kehormatan kami.
Sebenarnya EDD Dina adalah pd 14 Julai 2012..tp keluar awal seminggu..
Pg 7 julai masa normal check up dgn dr ishak, dia buat VE dah bukak 5cm...sy mcm xpercaya je..takut pun ada sbb xsgka dh nk bersalin..
Pkl 10am trus masuk labor room...mak n abah baru bertolak dr johor..so terpaksa angkut haziq msk labor room skejap..
paling xsangka...kna induce jugak!! teringat betapa sakitnye induce ms nk lahirkan haziq dulu...tp nk xnk kna hadap jugak..
tepat jam 3.06pm...lahirlah puteri kami secara SVD..normal delivery.berat Dina 2.96kg..panjang 52cm..ukur lilit kepala 34.5cm..
bersyukur sangat diberi peluang mnjadi mama utk kali kedua...
yg bestnya anak dah sepasang!
xsabar nk shopping baju dina...sbb mmg xbli baju girl langsung sblum dia lahir..semua baju2 unisex.
to Rania Irdina, welcome to the family..we love u so much sayang...moga anak mama mbesar dgn sihat dan cergas bersama abg haziq...
Posted by hirda at 6:29 PM 0 comments
Monday, March 19, 2012
Umrah bersama keluarga...
Alhamdulillah...sy sekeluarga (mak,abah, suami dan Haziq) telah selesai menunaikan umrah.
Kami bertolak pada jam 3.30 ptg, 4 Mac 2012 dengan penerbangan SV 831 dari KLIA ke Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah kami naik bas ke Kota Suci Makkah.
Kali pertama menjejakkan kaki ke tanah haram...saya rasa kagum.macam dalam mimpi sy dah selamat sampai di sini..Alhamdulillah..
Sepanjang di sana, sy bersyukur sangat sebab dikurniakan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. Saya dapat buat umrah seperti yang dijadualkan dengan bantuan keluarga..almaklumlah..tengah pregnant 5 bulan ni..slow la sikit..lagi nak membawa si abang..
Di Makkah, kami tinggal di bilik 907, Qasar al-Qamar. Sangat dekat dengan Masjidilharam.Berjalan kaki dalam 10 minit je.
Setelah 8 malam di Makkah, kami bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam lamanya. Sakit pinggang jugala sebab nak kena pangku Haziq..Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Di Kota Madinah, kami tinggal di Hotel Dallah Taibah. Juga berdekatan Masjid Nabawi.Kami bermalam di Madinah selama 3 malam sahaja.Kami dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah disini.
Pada 15 Mac 2012, jam 9.50 malam kami bertolak pulang ke Malaysia dengan penerbangan SV 828 dan tiba pada jam 1.30 ptg 16 Mac 2012.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Syukran Ya Allah kerana menerima kami semua sebagai tetamu Mu... Semoga kami berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi...Amin..
Posted by hirda at 12:28 PM 0 comments
Saturday, February 25, 2012
HFMD datang lagi....
HFMD dah melanda rumah mak mertua saya...
Huhuhuhu..saya tension bila tgk budak2 ni xsihat...esp anakanda saya...asyik nak merengek dan melekat je.
paling risau bila malam tiba2 suhu badan dia naik..xleh tido lena dibuatnya!
Ya Allah, moga semua cepat sembuh dari penyakit ni...
xsanggup nak tengok anak sakit..
xsanggup nak dengar dia merengek sebab xselesa...
anak saya xtunjukkan simptom apa2 selain demam... TAPI..
pagi tadi dia mengadu sakit kat bibir...bila saya tengok dah mula ada merah2..
haish...mama tension!!!!
wahai intan payung mama...cepat2 sihat ye sayang...
mama love u sooo much darling!!
Posted by hirda at 10:21 AM 0 comments
Labels: haziq iman
Saturday, February 18, 2012
Pernah jumpa tak?
Pernah jumpa tak orang camni :
--> Orang ni..kalau dia marah pd seseorang..dia akan marah depan sesiapa sahaja tanpa cover dan cakap APA saja yang terlintas di fikirannya waktu itu tanpa fikirkan perasaan/aib orang yang kena marah tu..
--> Pastu keesokan harinya, dia boleh pulak berdepan dengan org yang dia marah tu seolah2 mcm xde apa yg berlaku semalam...
--> Dan pada hari-hari seterusnya dia tetap mencari orang yg dia marah tu untuk dia share apa-apa benda termasuklah rasa xpuashati dia pada org lain pulak..
Saya pernah jumpa!!!
Dush,dush,dush....poor me;(
Posted by hirda at 12:50 PM 0 comments
Haziq dan Lagu Senyum
Budak nak jadi abg ni sangat suka lagu Senyum nyanyian Najwa...
Tiap2 pagi sepanjang perjalanan Seremban-PD memang asyik ulang lagu tu je...dia akan cakap.."Mama, anyum,anyum...",sambil tunjuk kat radio kete...
Mama pulak yang naik muak..huhuhu..tapi demi nak bagi dia dok diam,layankan je la....
Haziq panggil kete Honda kami "Anyum", kete Myvi xde plak nama..budak kecik ni memang mcm2..
Pagi tadi Haziq ikut ayah jalan kaki g kedai..dia nampak kereta Honda tgh parking tepi jalan,dan dan tu dia cakap "Ayah,anyum,anyum..."..
Semalam petang saya dengki dia..asyik lagu Senyum je kan..so sy bukak lagu lain dan nyanyi la..dia boleh cakap, "Ma...bicing.."..pastu dia off kan radio..Sabo je la anak mama sorang ni.
Si Masyam mama... |
Budak pandai mama.... |
Posted by hirda at 12:39 PM 0 comments
Tuesday, February 7, 2012
Pengalaman berbeza...
Wah...dah sebulan x update blog..banyak halangan..xde masa yg lebih dan xde mood nak online..;(
Kali ni nak share pengalaman mengandung anak kedua ni...memang berbeza dengan pengalaman masa Haziq dulu...
kali ni lebih lama morning sicknessnye... sampai dah masuk 4 bulan pn masih ada..
pastu lebih cepat penat..mungkin sebab pregnant dan kna berkejar2 uruskan Haziq..
masa Haziq dulu memang alah bau nasi tengah mendidih atas dapur dan bau bawang putih..tapi kali ni sangat alah bau cili bila ditumis dan memang xleh tengok lauk bersantan..(kesian hubby xdpt makan sambal yg sy masak..)
apapun..setiap kandungan memberi pengalaman berbeza..ada orang cakap mungkin kali ni gigirl kot..
xkisahlah..janji anak yang lahir nanti sihat dan sempurna...amin...
EDD saya jatuh pada bulan Ramadhan...haish..pulunla nak mengganti puasa nanti...:)
Haziq skang suka buat perangai...macam2 perangai...kadang2 mama hilang sabar gak..sayang oh sayang behave la sket ye..sayangkan nak jadi abang...
mungkin dia dah terasa kot xlama lagi mama dan ayah kena bahagi dua tumpuan yg selama ni memang 100% untuk dia... Mama promise...mama xkan abaikan Haziq..
Tak tahu mcmmana keadaannya bila nak kena handle 2 orang anak nanti...tapi terus terang, saya bertuah sangat dapat hubby yg sangat membantuesp waktu malam..saya jarang bangun malam bila Haziq merengek nak susu sbb ayahnya yang akan uruskan :) so mama leh tido dengan syoknye..hehehe..btw, thanks abang ...
Cinta hati.. |
Haziq Iman and ayah |
Posted by hirda at 10:30 AM 0 comments
Labels: haziq iman