Alhamdulillah...sy sekeluarga (mak,abah, suami dan Haziq) telah selesai menunaikan umrah.
Kami bertolak pada jam 3.30 ptg, 4 Mac 2012 dengan penerbangan SV 831 dari KLIA ke Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah kami naik bas ke Kota Suci Makkah.
Kali pertama menjejakkan kaki ke tanah haram...saya rasa kagum.macam dalam mimpi sy dah selamat sampai di sini..Alhamdulillah..
Sepanjang di sana, sy bersyukur sangat sebab dikurniakan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. Saya dapat buat umrah seperti yang dijadualkan dengan bantuan keluarga..almaklumlah..tengah pregnant 5 bulan ni..slow la sikit..lagi nak membawa si abang..
Di Makkah, kami tinggal di bilik 907, Qasar al-Qamar. Sangat dekat dengan Masjidilharam.Berjalan kaki dalam 10 minit je.
Setelah 8 malam di Makkah, kami bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam lamanya. Sakit pinggang jugala sebab nak kena pangku Haziq..Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Di Kota Madinah, kami tinggal di Hotel Dallah Taibah. Juga berdekatan Masjid Nabawi.Kami bermalam di Madinah selama 3 malam sahaja.Kami dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah disini.
Pada 15 Mac 2012, jam 9.50 malam kami bertolak pulang ke Malaysia dengan penerbangan SV 828 dan tiba pada jam 1.30 ptg 16 Mac 2012.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Syukran Ya Allah kerana menerima kami semua sebagai tetamu Mu... Semoga kami berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi...Amin..
Monday, March 19, 2012
Umrah bersama keluarga...
Posted by hirda at 12:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment