BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 19, 2012

Umrah bersama keluarga...

Alhamdulillah...sy sekeluarga (mak,abah, suami dan Haziq) telah selesai menunaikan umrah.

Kami bertolak pada jam 3.30 ptg, 4 Mac 2012 dengan penerbangan SV 831 dari KLIA ke Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah kami naik bas ke Kota Suci Makkah.

Kali pertama menjejakkan kaki ke tanah haram...saya rasa kagum.macam dalam mimpi sy dah selamat sampai di sini..Alhamdulillah..

Sepanjang di sana, sy bersyukur sangat sebab dikurniakan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. Saya dapat buat umrah seperti yang dijadualkan dengan bantuan keluarga..almaklumlah..tengah pregnant 5 bulan ni..slow la sikit..lagi nak membawa si abang..

Di Makkah, kami tinggal di bilik 907, Qasar al-Qamar. Sangat dekat dengan Masjidilharam.Berjalan kaki dalam 10 minit je.

Setelah 8 malam di Makkah, kami bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam lamanya. Sakit pinggang jugala sebab nak kena pangku Haziq..Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Di Kota Madinah, kami tinggal di Hotel Dallah Taibah. Juga berdekatan Masjid Nabawi.Kami bermalam di Madinah selama 3 malam sahaja.Kami dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah disini.

Pada 15 Mac 2012, jam 9.50 malam kami bertolak pulang ke Malaysia dengan penerbangan SV 828 dan tiba pada jam 1.30 ptg 16 Mac 2012.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Syukran Ya Allah kerana menerima kami semua sebagai tetamu Mu... Semoga kami berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi...Amin..



Saturday, February 25, 2012

HFMD datang lagi....

HFMD dah melanda rumah mak mertua saya...

Huhuhuhu..saya tension bila tgk budak2 ni xsihat...esp anakanda saya...asyik nak merengek dan melekat je.
paling risau bila malam tiba2 suhu badan dia naik..xleh tido lena dibuatnya!

Ya Allah, moga semua cepat sembuh dari penyakit ni...
xsanggup nak tengok anak sakit..
xsanggup nak dengar dia merengek sebab xselesa...

anak saya xtunjukkan simptom apa2 selain demam... TAPI..
pagi tadi dia mengadu sakit kat bibir...bila saya tengok dah mula ada merah2..
haish...mama tension!!!!


wahai intan payung mama...cepat2 sihat ye sayang...
mama love u sooo  much darling!!

Saturday, February 18, 2012

Pernah jumpa tak?

Pernah jumpa tak orang camni :

--> Orang ni..kalau dia marah pd seseorang..dia akan marah depan sesiapa sahaja tanpa cover dan cakap APA saja yang terlintas di fikirannya waktu itu tanpa fikirkan perasaan/aib orang yang kena marah tu..
--> Pastu keesokan harinya, dia boleh pulak berdepan dengan org yang dia marah tu seolah2 mcm xde apa yg berlaku semalam...
--> Dan pada hari-hari seterusnya dia tetap mencari orang yg dia marah tu untuk dia share apa-apa benda termasuklah rasa xpuashati dia pada org lain pulak..

Saya pernah jumpa!!!
 Dush,dush,dush....poor me;(