Sunday, July 15, 2012
Ahli baru keluarga kami : Rania Irdina Mohd Ridzuan
Alhamdulillah...sy selamat melahirkan puteri comel kami pd 7 Julai 2012 yg lalu.
Kami sepakat memberikan nama RANIA IRDINA MOHD RIDZUAN.
Rania bermaksud kesukaan, Irdina bermaksud kehormatan kami.
Sebenarnya EDD Dina adalah pd 14 Julai 2012..tp keluar awal seminggu..
Pg 7 julai masa normal check up dgn dr ishak, dia buat VE dah bukak 5cm...sy mcm xpercaya je..takut pun ada sbb xsgka dh nk bersalin..
Pkl 10am trus masuk labor room...mak n abah baru bertolak dr johor..so terpaksa angkut haziq msk labor room skejap..
paling xsangka...kna induce jugak!! teringat betapa sakitnye induce ms nk lahirkan haziq dulu...tp nk xnk kna hadap jugak..
tepat jam 3.06pm...lahirlah puteri kami secara SVD..normal delivery.berat Dina 2.96kg..panjang 52cm..ukur lilit kepala 34.5cm..
bersyukur sangat diberi peluang mnjadi mama utk kali kedua...
yg bestnya anak dah sepasang!
xsabar nk shopping baju dina...sbb mmg xbli baju girl langsung sblum dia lahir..semua baju2 unisex.
to Rania Irdina, welcome to the family..we love u so much sayang...moga anak mama mbesar dgn sihat dan cergas bersama abg haziq...
Posted by hirda at 6:29 PM 0 comments
Monday, March 19, 2012
Umrah bersama keluarga...
Alhamdulillah...sy sekeluarga (mak,abah, suami dan Haziq) telah selesai menunaikan umrah.
Kami bertolak pada jam 3.30 ptg, 4 Mac 2012 dengan penerbangan SV 831 dari KLIA ke Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah kami naik bas ke Kota Suci Makkah.
Kali pertama menjejakkan kaki ke tanah haram...saya rasa kagum.macam dalam mimpi sy dah selamat sampai di sini..Alhamdulillah..
Sepanjang di sana, sy bersyukur sangat sebab dikurniakan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga. Saya dapat buat umrah seperti yang dijadualkan dengan bantuan keluarga..almaklumlah..tengah pregnant 5 bulan ni..slow la sikit..lagi nak membawa si abang..
Di Makkah, kami tinggal di bilik 907, Qasar al-Qamar. Sangat dekat dengan Masjidilharam.Berjalan kaki dalam 10 minit je.
Setelah 8 malam di Makkah, kami bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam lamanya. Sakit pinggang jugala sebab nak kena pangku Haziq..Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Di Kota Madinah, kami tinggal di Hotel Dallah Taibah. Juga berdekatan Masjid Nabawi.Kami bermalam di Madinah selama 3 malam sahaja.Kami dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah disini.
Pada 15 Mac 2012, jam 9.50 malam kami bertolak pulang ke Malaysia dengan penerbangan SV 828 dan tiba pada jam 1.30 ptg 16 Mac 2012.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Syukran Ya Allah kerana menerima kami semua sebagai tetamu Mu... Semoga kami berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi...Amin..
Posted by hirda at 12:28 PM 0 comments
Saturday, February 25, 2012
HFMD datang lagi....
HFMD dah melanda rumah mak mertua saya...
Huhuhuhu..saya tension bila tgk budak2 ni xsihat...esp anakanda saya...asyik nak merengek dan melekat je.
paling risau bila malam tiba2 suhu badan dia naik..xleh tido lena dibuatnya!
Ya Allah, moga semua cepat sembuh dari penyakit ni...
xsanggup nak tengok anak sakit..
xsanggup nak dengar dia merengek sebab xselesa...
anak saya xtunjukkan simptom apa2 selain demam... TAPI..
pagi tadi dia mengadu sakit kat bibir...bila saya tengok dah mula ada merah2..
haish...mama tension!!!!
wahai intan payung mama...cepat2 sihat ye sayang...
mama love u sooo much darling!!
Posted by hirda at 10:21 AM 0 comments
Labels: haziq iman

